Wednesday, February 18, 2009

Saturday, February 14, 2009

Harus sana sini

Harus Sana Sini

Bersyukur, Walau Aku Rakyat Marhaen Melata
Ibarat Melukut Bertahan Berpaut Di Tepi Gantang
Di Dunia Bekerja Gajiku Dibayar Tuhan
Keyakinanku Di Akhirat Ganjaran Lebih Lumayan
Tiada Kuasa, Peluang Dan Ruang
Dipelihara Allah Terpalit Menelan Yang Haram

Tiap Purnama Puasa Sunat Amatlah Kurang
Apatah Lagi Qiamulail Pula Amatlah Jarang
Cuma Kuharapkan Betah Hadir
Kuliah Maghrib Subuh Menadah Kitab Rebut Peluang

Kerdil Kurasa Dari Ulamak Terbilang
Namun Jutaan Syukur Bersungguh
Kuharap Bukan Aku Rakaman Sejarah
Azazil, Bal'am bin Ba'urah
Atau Zamanku Ulama Duniawi
Harus sana sini Menyanjung Penguasa
Mewajib Patuh Pemimpin Zalim

Tuhanku, Ingatkanku Kefakiranku
Agenda Penuhkan Tembolok Haramkan Buatku
Nafsu Amarah Tewaskan Kuburkan Dari Jasatku
Berfikiran Matang, Riak Mazmumah Gantikan Kezuhudan
Pandang Belakang Kejahilan Ku Tinggalkan
RedhaMu, AmpunanMu Itulah Matlamatku

Sajak ini tidak bersangkutan dengan sesiapa pun samada yang masih hidup ataupun yang sudah mati maupun yang belum dilahirkan lagi

Saturday, February 7, 2009

Obama

Rumah Putih terus jadi boneka Zionis isu Gaza

BAITULMAQDIS: Peranan Amerika Syarikat sebagai boneka Israel terus terbukti apabila seorang jurucakap rejim Zionis itu menyatakan beliau tidak bimbang dengan pandangan pentadbiran Presiden Barack Obama terhadap serangan ke atas Gaza kerana Washington berada dalam genggaman Tel Aviv. Laman web Daily.pk memetik Tzipora Menache sebagai berkata: "Anda tahu, Amerika yang bodoh juga tahu, kami mengawal kerajaan mereka, tidak kira siapa yang menduduki Rumah Putih. Saya tahu dan anda juga tahu tiada seorang pun Presiden Amerika boleh mencabar kami walaupun jika Israel melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Apa yang boleh mereka (Amerika) lakukan? "Kami mengawal Kongres, kami mengawal media, kami mengawal dunia hiburan dan kami mengawal segala-galanya di Amerika. Di Amerika, anda boleh mengkritik Tuhan, tetapi bukan Israel."

Memberi komen mengenai serangan terbaru Zionis ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, stesen televisyen 10th TV, mendedahkan pasukan tentera Yahudi menggunakan sebahagian kekuatan pasukan udaranya dan melancarkan sekurang-kurangnya 2,500 serangan udara di wilayah itu. Wartawan televisyen tentera itu menyatakan pesawat tempur Israel menggugurkan lebih sejuta tan bahan letupan, termasuk fosforus putih dan bom DIME, sepanjang tiga minggu serangan itu. Katanya, bedilan yang dilepaskan kereta kebal, artileri, bot dan infantri tidak termasuk yang ditembak oleh tentera udara.

Selepas seminggu berterusan melancarkan serangan udara, Zionis menghantar tentera darat elit untuk membunuh penduduk Gaza. Bersenjatakan dengan senjata pemusnah besar-besaran terbaru, dilindungi oleh tentera udara dan diiringi hujan peluru artileri, mereka memandu kereta kebal masuk ke penempatan penduduk untuk membunuh mereka dan memusnahkan setiap struktur yang dilihat. Walaupun tentera Israel diberi kedudukan setiap struktur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pesawat tempur F-16 berulang kali menggugurkan fosforus ke atas sekolah badan dunia itu kerana mengetahui ratusan kanak-kanak berlindung di situ. Jurucakap Israel, Nachman Abramovic, berkata: "Mereka mungkin kelihatan muda tetapi mereka sebenarnya pengganas. - Agensi

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20090207231304/Article/index_html