Monday, January 18, 2010
Komen Pemimpin
"Tidak ada logiknya kerajaan keluarkan subsidi hampir RM1 billion setahun untuk subsidi satu bahan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kepada rakyat," - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
"Jadi, kenaikan harga gula ini bukanlah satu bebanan tetapi untuk kebaikan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia," - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi. 17 Jan. 2010
Saturday, January 9, 2010
Kejutan 2010
مَثَلُ الْفَرِيقَيْنِ كَالأَعْمَى وَالأَصَمِّ وَالْبَصِيرِ وَالسَّمِيعِ هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلاً أَفَلاَ تَذَكَّرُونَ
maksudnya:-
Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?
(Al-Quran Ayat 24 Surah Hud)
Pembukaan Tahun 2010 rakyat dihadiahkan dengan kenaikan harga gula melambangkan benar BN bermaksud Barang Naik, biasalah apabila naik saja harga satu-satu barangan media pengampu mulalah perbodohkan rakyat dengan ulasan serta pendapat-pendapat orang awam menyokong contohnya "Kenaikan ini wajar kerana negara-negara jiran menjual dengan harga lebih mahal" dan banyak lagi ulasan pendapat yang menyokong, Manakala Pak Menteri pulak akan kata “Harga gula tempatan masih terendah di rantau ini” atau "Kerajaan dah banyak memberikan subsidi, rakyat perlu berterima kasih bla bla... (ulangi skrip-skrip yang dah boleh dihafal rakyat - Pandang Belakang).
Kemudian timbul pula penggunaan nama Allah, pelbagai pro dan kontra serta media juga kasi panas dengan kipas api nyala untuk melarisan akbar yang sudah tidak mendapat tempat dan diakui oleh NUJ. Apa tidaknya akbar kini jauh ketinggalan dari segenap segi ditambah dengan lapuran berat sebelah yang amat jelas seolah-olah rakyat marhaen tidak tahu berfikir. Juak-juak yang kononnya ingin membela Islam beraksi bagaikan hero tetapi semua orang tahu berpuluh tahun mereka ditampuk kuasa peraturan Allah tidak pula mereka pertahankan malahan dihina dan diperlekehkan.
Berita Antarabangsa antara yang mengejutkan ialah Pada hari Rabu yang lepas 06 Jan 2010, Bantuan dari convoy Viva Palestina 3 (yang bermaksud hidup Palestin) dengan penyertaan sebanyak 240 buah ambulan dan kenderaan membawa ubat-ubatan, makanan, permainan kanak-kanak dan peralatan sekolah Berjaya memasuki Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir. Bagaimanapun Mesir mengenakan pelbagai syarat dan menyukarkan usaha untuk menyalurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Gaza. Bahkan tindakan zalim dan tidak berperi kemanusiaan Mesir itu hampir-hampir menggagalkan harapan untuk menyalurkan bantuan sejumlah 2 juta USD sumbangan dari warga dunia yang prihatin tanpa mengira bangsa dan agama.

Pagi 07 Jan 2010 Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaludin, MB Perak yang Sah, (ada yang tak sah dan HARAM ke?)telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Bandaraya Ipoh dengan kereta yang dipandu oleh beliau sendiri kerana cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari Hotel Casuarina Ipoh dan akibatnya kereta beliau telah melanggar penghadang jalan dan terbalik. Beliau telah dirawat di unit kecemasan Hospital Besar Ipoh dan ditahan untuk rawatan rapi, Alhamdulillah beliau dalam keadaan baik Cuma mengalami luka-luka ringan.
Jumaat pula kita dikejutkan dengan tindakan golongan yang tidak bertamadun dengan melemparkan dan membakar empat buah Gereja diberitakan. Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras dalam Islam jika mereka benar-benar memahami Al-Quran, agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain. Manakala beberapa masjid (bukan unjuran pihak masjid) NGO-NGO mengadakan demo mempertahankan nama Allah (hukum Allah belum tentu), bagaimanapun tidak mendapat sambutan. Berlainan demo menghantar memorandum ke Kedutaan Mesir tanda bantahan penahanan serta sekatan yang dikenakan terhadap konvoy bantuan Viva Palestina di sempadan Gaza, ternyata jelas sokongan serta tujuannya walaupun digelapkan oleh media arus perdana yang mengampu dan penjilat.


Thursday, December 31, 2009
TAHUN BARU MASIHI 2010
Selamat menyambut Tahun 2010 Masihi, semoga kedatangan tahun mendatang ini akan memberikan kejayaan, kebahagiaan (Dunia serta Akhirat) insaAllah. Semuanya itu perlu kita cipta dan usahakan, ianya tak akan terjadi sendiri melainkan dengan kesungguhan, do'a diikuti tawakkal kepada Allah.
BUAT PAUTAN BELAJAR SEMBAHYANG
Friday, December 18, 2009
Maal Hijrah, Hijratul Rasul
Selamat menyambut Maal Hijrah @ Hijratul Rasul @ Awal Muharram, semoga dengan kedatangan Tahun 1431H ini akan memberi kita satu semangat baru serta mencipta kehidupan lebih baik dari tahun lalu. Jika sudah baik insyaAllah akan menjadi lebih baik atau terbaik.
Monday, September 21, 2009
Sunday, September 6, 2009
Monday, August 3, 2009
DEMO GMI



بسم الله الرحمن الرحيميَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
- (Al-Quran Surah Al-Hujrat Ayat 6)
Benarlah firman Allah dalam ayat yang di atas, merujuk kepada apa yang digembar-gemburkan media tempatan serta memutar-belit segala fakta kejadian 1 OGOS 2009, sesiapa yang berada di lokasi-lokasi kejadian akan melihat apa yang sebenar yang berlaku dan lihat sendiri apa lapuran yang dipaparkan di kaca TV dan akbar-akbar. Apa yang menghairankan satu lagi kumpulan yang bertentangan bagai nak rak mendapat publisiti hilang lenyap tiada kabar berita "jiwa kerdil", kata orang Perak "Dengo Labun bukan main lagi Yob, tapi tak mandang".
Aku tak mahu menulis panjang, cuma coretan ringkas dan yang lainnya telah dicoretkan di fikiran.

