Thursday, December 31, 2009

TAHUN BARU MASIHI 2010

Assalamualaikum wbt.,

Selamat menyambut Tahun 2010 Masihi, semoga kedatangan tahun mendatang ini akan memberikan kejayaan, kebahagiaan (Dunia serta Akhirat) insaAllah. Semuanya itu perlu kita cipta dan usahakan, ianya tak akan terjadi sendiri melainkan dengan kesungguhan, do'a diikuti tawakkal kepada Allah.

MENGAJAK ORANG KE ARAH KEBAIKAN MERUPAKAN SAHAM SERTA ROYALTI YANG AMAT MENGUNTUNGKAN WALAUPUN TIDAK KELIHATAN PADA ZAHIRNYA,
BUAT PAUTAN BELAJAR SEMBAHYANG

Friday, December 18, 2009

Maal Hijrah, Hijratul Rasul

Assalamualaikum wbt.,

Selamat menyambut Maal Hijrah @ Hijratul Rasul @ Awal Muharram, semoga dengan kedatangan Tahun 1431H ini akan memberi kita satu semangat baru serta mencipta kehidupan lebih baik dari tahun lalu. Jika sudah baik insyaAllah akan menjadi lebih baik atau terbaik.

Monday, September 21, 2009

Sunday, September 6, 2009

Permatang Pasir, Pulau Pinang

Hari penamaan calun bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang pada hari Isnin bersamaan 17 Ogos 2009


Monday, August 3, 2009

DEMO GMI

بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
- (Al-Quran Surah Al-Hujrat Ayat 6)

Benarlah firman Allah dalam ayat yang di atas, merujuk kepada apa yang digembar-gemburkan media tempatan serta memutar-belit segala fakta kejadian 1 OGOS 2009, sesiapa yang berada di lokasi-lokasi kejadian akan melihat apa yang sebenar yang berlaku dan lihat sendiri apa lapuran yang dipaparkan di kaca TV dan akbar-akbar. Apa yang menghairankan satu lagi kumpulan yang bertentangan bagai nak rak mendapat publisiti hilang lenyap tiada kabar berita "jiwa kerdil", kata orang Perak "Dengo Labun bukan main lagi Yob, tapi tak mandang".

Aku tak mahu menulis panjang, cuma coretan ringkas dan yang lainnya telah dicoretkan di fikiran.

Tuesday, March 31, 2009

Bukit Gantang, Taiping

Antara gambar yang dirakamkan dihari penamaan calun P59 Bukit Gantang

Thursday, March 19, 2009

Harus sana sini ( versi artifak)

Sajak ini tidak bersangkutan dengan sesiapa pun samada yang masih hidup ataupun yang sudah mati maupun yang belum dilahirkan lagi