Saturday, January 31, 2009

PALESTIN

Tak Dapat Buat Semua, Jangan Tinggal Semua

“Setiap ringgit yang digunakan untuk membeli barangn AS akhirnya menjadi peluru untuk menembak saudara kita dan kanak-kanak di Palestin... Membeli barangan mereka samalah seperti menyokong kezaliman, penindasan dan serangan mereka”. - Sheikh Yusuf Al-Qaradawi (Ulamaq Tersohor)

Pelbagai pendapat dan suara-suara sumbang yang kita dengar dari setinggi-tinggi pemimpin hinggalah serendah-rendah rakyat marhaen berbual di pejabat, kedai-kedai mamak, bersembang di pasar, mesyuarat tingkap dan pagar apabila disarankan untuk “BOIKOT PRODUK ISRAEL”.

Kita harus ingat tiap sen wang yang kita hulurkan untuk membeli produk yang disenaraikan umpama menyerahkan wang atau sebutir peluru ke tangan Yahudi untuk membunuh saudara kita di Palestin, banyak orang kita dengar berkata “Mana boleh kita boikot nanti rakyat kita sendiri yang kehilangan kerja”, kata-kata beginilah yang amat bahaya dan nyata orang begini pergantungan serta cinta terhadap dunianya amat kuat, sekurang-kurangnya katakanlah “InsyaAllah kita cuba apa yang termampu” atau “Tak dapat buat semua, Jangan tinggal semua” lagipun berlambak di pasaran jenama-jenama lain bagi sesuatu produk.

No comments:

Post a Comment